Powered By Blogger

Tuesday, December 14, 2010

Jom Makan Makan.




Salam Semua..

Hari ni pi try makan kat tempat makan baru . Aku rasa tempat ni ok juga untuk sapa-sapa yang suka makan-makan . Kedai ni terletak dekat Teluk Air Tawar , berdepan dengan Wah Seah Maju . So sapa-sapa yang teringin nak cuba boleh la pi try tengok . Restoran ni  menyediakan masakan Western dan Thai. Kalau tak silap nama restoran ni "Aidys Cafe Western Food".

Saturday, December 11, 2010

Kambing oh Kambing

Pada 27/2/2010 yang lalu BSRC telah mengadakan aktiviti bbq di Lata Sedim . Menu hari tu tak lain dan tak bukan ialah Kambing lerr. Berikut adalah gambar yang sempat dirakam samaada sedaq atau pun tidak .
Macam kenduri daa...


Awat yang liat sangat kambing nii.. Kambing pencen kot

Hang pa tunggu sat aku nak pekena 2 gelas lagi.


Layan... zasss

Tuesday, December 7, 2010

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432H

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga iman bertambah mantap, amalan bertambah, perjuangan menegakkan syiar Islam dimantapkan, seiring dengan peredaran zaman yang semakin mencabar ini.
Kalau ikut Tarikhnya ialah, 1 Muharam 1432, bersamaan hari selasa 7 Disember 2010, atau maghrib hari ini.
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Ia merupakan satu permulaan untuk ke jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Jadikanlah hijrah yang sebenar seperti hijrah nabi kita yang kita sayangi Nabi Muhammad SAW. Amin.

Saturday, December 4, 2010

Selamat Maju Jaya..

Kawan-kawan dalam bsrc yang terpaksa meninggalkan bsrc kerana mendapat peluang yang lebih baik.


Semoga success dengan kerjaya baru...

Salam...

Pada 3hb Disember 2010 wujudlah blog untuk memudahkan kita "mengupdate" segal aktiviti bsrc . Tujuan penubuhan kelab ini adalah untuk mengujudkan aktiviti-aktiviti ahli-ahli terutama dari shift B . Semoga dengan adanya blog ini akan memantapkan lagi aktiviti kita . Terima Kasih diucapkan terutama pada Abang Aji kita yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk memakmurkan dan menghangatkan aktiviti bsrc . Tak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan kepada AMT (ahli majlis tertinggi) bsrc , ahli-ahli , sahabat handai dan kaum keluarga yang menjayakan aktiviti bsrc... wassalam ~ pengarang

jom joint bsrc

Pada 4hb Disember 2010 laman blog ini diwujudkan untuk membolehkan bsrc group and management melangkah lebih jauh lagi sesuai dengan peredaran masa. Dengan adanya blog ini kita menghimpun segala gambar-gambar yang dimbil semsa aktiviti dijalankan. Terima kasih pada AMT bsrc , ahli-ahli dan kawan-kawan serta kaum keluarga yang sentiasa menyokong aktiviti bsrc..